Monday 28 May 2012

Cat Show @ Hari Belia, Putrajaya

Salam Uols,


Arinie ai rasa epy sangat sebab Luna menang kategori The Most Adorable Female for Long Hair! semalam kat Karnival Kucing Cantik, Anjuran Kelab Pencinta Kucing. Syukur sangat! Even Luna meragam stress dengan berhissing bagai tapi tetap menang award budak paling cun! Muahahahaha.. Unsangkarable gituh.. Ai ingatkan menang saguhati jer.. Hiksss

Memula ai sampai kat sana pon ai dah rasa macam down sikit sebab tengok anak bulus orang lain kemain gebus, kembang, gemok, montok, somel bagai.. Rasa macam Luna paling biasa jah..(-.-)"
Dah la masa judges nak buat penilaian, Luna hissing & buat muka stress.. Ai dah tepuk dahi tengok peel die.. Main taknak, baring taknak, semua taknak..Huhhh!

 *muka budak stress.. hihi

Last2 amek ko, terus menang award budak paling cun tuh.. (cun kah?) hahaha... Kalah semua budak gemok, budak montok, budak gebus yang ai cakap tuh.. Maybe sebab kebanyakkan budak gemok comel tuh semua baka Persian so dorang nak kan kelainan kot kali nie sebab tuh pilih Luna yang American Curl nie.. :D 
But naluri ai cakap Luna memang deserve menang sebab sheols memang super duper cute! Even anak dara tua..:)

 *muka budak paling cun! haha (stress jer muka).. :D

 
Hadiah2 dan door gift yang dapat pon best jugak even bukan duit ringgit tapi ai suka sebab dapat stok makanan IAMS tuh tapi kalo RC lagi best! :D Paling suka carrier nie.. Ai dah lama aim tapi tak beli2 sebab mahal! Untung lah dapat free.. :)


* nie hadiah & door gift yang ai dapat semalam.. syiok sebab stok makanan tuh tahan 3 bulan lebih.. haha :D

So far ai memang enjoy sangat semalam even stay kat sana dari pukul 10 pagi sampai pukul 6 petang.. Pasnie memang ai nak join lagik! Menang or kalah tak kesah sebab ai masuk sana nak berkenalan dengan ramai pencinta kucing & dapat door gift yang best2... :)

Baideway, bulan 6 nie ada lagik cat show kat Mid Valley.. Nanti nak ajak tok laki pergi lagi la if Luna xstress..
Oklah, tuh jer yang ai nak bebel.
Okbai, Chioww!!!

Monday 21 May 2012

LALA MASAK MERAH BERSERAI
By: Pak Engku


Bahan-bahan:
1 kg lala dicuci bersih (ai guna 1/2 kilo lala)
6 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inc halia - dikisar
10 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar
2 camca besar sos cili
2 camca besar sos tiram
3 helai daun limau perut
3 batang serai - dititik
250 ml air - ita kurangkan air kerana nak kan kuah yg pekat
100 ml minyak masak
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis - ita tambah
1 pokok daun ketumbar - dihiris halus - ita tambah
1 pokok daun bawang - dihiris halus - ita tambah
1 batang cili - dihiris - ita tambah
 
Cara-cara:
Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar hingga naik minyak.
Masukkan sos tomato, sos tiram dan serai, tumis lagi hingga garing.
Tuangkan sedikit air masukkan daun limau perut dan kiub ikan. Biarkan hingga mendidih.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah agak pekat.
Masukkan lala , kuatkan api, tutup kuali dan biarkan ia masak anggaran 5-10 minit. Buka tutup kuali kacau sebati. Akhir sekali masukkan cili hiris, daun ketumbar dan daun sup. Tutup api dan siap untuk hidangan.

Credit : http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/03/lala-masak-merah-berserai.html

Cooking : Bawal Masak 3 Rasa


Bawal Masak 3 Rasa

Bahan-bahan:
Utk ikan:
1 ekor Ikan Siakap (ai guna ikan bawal)
Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor
Minyak untuk menggoreng ikan

Utk kuah:
1 biji bawang besar - potong dadu
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili padi - potong kecik-kecik
1 inci halia - dihiris kecik
1 biji tomato - potong dadu
Segenggam nenas - yang dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato (ai ganti dengan sos cili thai sebab sos tomato dah expired.. haha)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan (ai letak sikit jer, tak sampai 1sk)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Ikan dibersihkan dan ditoskan
Lumurkan ikan dengan Serbuk pasti sedap knoor.Pastikan semua bahagian di lumur rata
Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi
Goreng terendam ikan tersebut
Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali yang lain

Kuah 3 Rasa
Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih
Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan
Kacau sebentar
Masukkan bawang besar, tomato dan nenas
Masukkan air sedikit
Tambahkan garam, gula dan ajinomoto
Biarkan kuah mereneh seketika
Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi
Siap!

Masak-Masak, Makan-Makan!

Last saturday punyer lunch menu.. wink2 *-)

 *Bawal Masak 3 Rasa, Lala Masak Pedas, Tomyam Campur! Yummeh!

Resepi akan diupload kemudian! :D

Okbai!

Wednesday 16 May 2012

Luna's Second Vaccine :D

Ai uols!


Semalam ai hantar luna untuk 2nd vaccine.. Nasib takde orang so cepat jerla proses..
Luna macam biasa, takot nak keluar dari carrier..  So doc kene tarik die untuk keluarkan..
Pastuh, kemain lagik doktor cakap luna makin gemok & memang betul bila timbang berat die naik 100gm.. Dari 3.4kg kepada 3.5kg.. Walawehhhh, ingatkan kene tinggal sebab ai pergi outstation makin kurus, nie makin demok! Cess.. (Penat jah ai rindu-rinduan dengan Luna) haha :D


Then doc cakap luna tengah on heat sebab tuh bulus die banyak gugur sebab stress.. Doc cakap kalo takmo 'kasi'kan Luna, die soh amek pil perancang.. RM3.50 jer sebijik.. So ai setujuk & kene bawak Luna pergi klinik lagik untuk cek samada die dah buleh makan ker dok pil tuh.. Tensi lagik la budak tuh kene pergi klink lagik! hahaha


Okelah.. Done membebel untuk hari nie.. Layan lah gambar Luna tengah check up neh!
Babai uols!


muka budak cuak! hahaha

Monday 14 May 2012

Awwww Cakkkk!!!!

haloooo.. saja jah getiks nak try post guna pepad neh.. muahahaha


okbai!! hikssss


Thursday 3 May 2012

Baking : Kek Cheese Bersalji

Ai uols.. Ari ahad arituh ai try baking kek nie.. Alhamdulillah menjadik! Syukur sangat.. Kek nie sedap sangat hokeh dengan cheese yang melimpah ruah, gebus lagik. Tok laki pon puji & makan bertambah.. Terharu iols! Sobs sobs.. 


Klah, nah amek salin resepi kek sedap nie. Try buat tau! 


Kek Cheese Bersalji
Resepi : Sherry mz@MyR
Sumber: Kzai@Teratakimpian 


Bahan:

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)

100 gram gula halus

100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour (ai pon guna shelf raising flour) 
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder- tak letak (ai letak)
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanila (nie ai tambah)

Untuk Krim
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn - satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2. (ai letak 1/2 tin)

Utk Topping
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
10. Sedia untuk dihidang & dingap.. Hahaha


nie lah hasil kek nya.. sedap!! hihi

Tuesday 24 April 2012

Lawak - Perbezaan Dulu & Sekarang


credit to : baikpunyer.com

Luna Darling!

Jom layan gambar budak demok nie :D

Bajet Hots! Awwww :D

Comel x, sayer?? :)

Apa pandang2??? :O

Grrrrrr....... 

Burinknya asek kene tinggal.. Huhu :"(

Eh helo, xnampak ker tengah buat apa nie?! Huhhhh

Tupai gemok? Hahaha


Luna's First Vaccine :D

Last monday, ai bawak anak bulus ai Luna, pergi vaksin. Sepatutnya umo sheols genap setahun ai dah bawak pergi vaksin tapi tok laki ai malas nak bawak pergi Klinik sebab tuh asek tertangguh jer. Sekali sampai 4 bulan ko.. Melampau! hahaha

Weols pergi kat Klinik Mesra Pet Shoppe, Presint 15. Memula sampai sana, Luna langsung takmo keluar dari carrier.. Cuak ler tuh.. Muka pon ganas semacam jer.. Nasib xde nak hissing kat ai ker hapa kan.. Kalo tak, harus mummy sentap.. hahaha



Then, doktor timbang berat Luna, hamek ko 3.4kelo hokeh, nasib still ideal.. :D Pastuh, cek apa yang patut & bila doc cakap nak inject Luna jer , ai terus paling tempat lain hokeh, xsanggup tengok muka kesakitan Luna.. Huhu Mummy over kan! haha 
Nasib luna nie good girl so die tak mengamok ker hapa kan.. :D 
So thing goes well on her first vaccine with me even terbang 35hengget but tak kesah lah asal anak ai sihat.. :)


Then lepas tuh, tok laki baik hati pulak nak bawak Luna pergi taman.. Saja nak cheer up kan Luna since die sakit tadi kan.. Memula sampai kat taman, Luna buat perangai lagik, xmo keluar carrier bagai.. Then ai tarik jugak bawak keluar.. Pastuh dah keluar, die jalan terhendap2 macam nak lumpuh.. Aiyoo.. Pening layan peel minah neh.. Paling lawak, semua orang bawak anak jenjalan, ai dengan tok laki releks bawak kucing.. But Ada Ai Kesah! hahaha


Weols lepak taman tuh kejap jer sebab Luna xbiasa lagik plus mummy lapar tak makan lunch.. haha Lagipon ai xsedap hati sebab Luna asek aim nak masuk dalam longkang jer, risau ai hokeh.. 1 hal pulak nak masuk longkang keluarkan Luna, koserr ahhh.. Baik balik lagik bagus.. hikssss


Oke lah, layan 1 gambar Luna yang kiut tengah terhendap2 kat taman.. Nanti ai transfer lagik from phone skunk tak sempat sebab ai kan bz.. haha.. poyo x?


Okbai uols! C ya! :D





Bz Bz Bz


Fuhhhh, lama betul ai xhapdet blog.. Berabuk sudeh blog sendu neh... hukss


Ai kebizian lately neh.. Many stories to update, but hey i'm busy rite so no time looohhh.. hahaha


Oke, gtg now.. Will updates later.. :D


Monday 12 March 2012

Review Film : Dr. Seuss' The Lorax


Oke, ari nie iols nak review pasal katon yang iols baru tgk sabtu lepas.. :)

Cete neh mengenai Ted yang nak tunaikan permintaan perempuan yang die minat iaitu Audrey yang tengah mencari pokok hidup sebab kat bandar dorang semua bende diperbuat dari plastik so xde bende hidup pon.. Sampai udara pon kene beli.. haiyohhh (-.-)"

So budak Ted neh pon keluar dari bandar dorang and cari Once-Ler untuk dapatkan pokok sebenar. Kat situlah bermulanya kesah macam mana pokok buleh pupus. Nak tau, kena lah tengok. Xbest la kalo iols cete. Muahahah :D


ted and audrey :)

once-ler (penyebab pokok pupus) and the lorax (penjaga pokok)
psss: cute kan pokok tuh.. :)

karektor cute yang buat iols rasa nk pecet jah semua menatam neh.. hahaha

Nah, trailer cete neh. Seyes cakap, memang best sangat. Banyak maksud tersirat mengenai pentingnya menjaga alam. :D


Thursday 1 March 2012

LuCucah : What Do U Think??

Fill in the blank uols... :D


Sooooo true.... (-.-)"




Spot the difference.. :) 




source : cari forum

Monday 27 February 2012

Dasar Hypocrite!!!


If life sendiri pon terumbang-ambing lagik, tak payah la dok gigih menasehatkan orang. Orang minta nasihat kepada orang yang layak sahaja dan bukan untuk orang yang perasan bagus and hipokrit macam ko. 


Payah bercakap dengan orang yang perasan bagus neh, asyik nak menang jah & tak boleh terima if orang refuse to listen to their advice. What the hell!! Please lah, i tak mintak advise from a snobbish person like u. Ko jah yang perasan macam orang mintak nasihat dari ko. Dasar bangang!! Oh sori iols teremosi di pagi senin.. 


Sila cermin diri sendiri sebelum mengata orang!!



Thursday 23 February 2012

Hold Your Breath & Calm Down

Tarik nafas dalam2, hembus..


Tarik lagik, hembus... 


BAWAK BERTENDANG BERTENANG!!






*baiklah.. (-.-)"

Tuesday 21 February 2012

Buenos Días

Wake up!! Wake up!!

The clock is ticking my dear darlings. :)


Good morning uols. Hope you have a wonderful day. :D




Don't forget to eat your breakfast yo!! :)




And please to do your work not just berporum all the time. Hahaha
 
Yes, I'm referring to myself.. *goshhhh  



  So, lets start our work with passion and smile. :)

Monday 20 February 2012

Monday Blues



Mesti uols pon selalu rasa macamnie kan kalo hari senin jah. Nak bangun tido malas, nak iron baju malas, pendek kata (panjang tak kata), semua malaslah. Sampai upis, lagilah malas nak buat kejer yang menimbun. Mana nak jawap e-mel lah, surat lah, kol lah.   Aiyooomaaa, mamposss.... huksss :(


So, ada sesapa dok nak tolong hantam sama ini monday blues supaya weols dapat buat keje tanpa rasa ke'blues'an.. muahahahahah :D


*jom kite hantam secara berjemaah.. hahaha








Psss : tapi kalo dok mengadap porum sampai ke tengah malam, tak pernah pulak rasa monday blues ker hapa.. dasar pemalas, banyak jah alasan.... miahahaha :D